Saturday, June 11, 2011

Subuh



Kira-kira 1400 tahun lepas, Rasulullah SAW mendoakan untuk kita: Sakhr al-Ghamidi meriwayatkan bhw Rasullulah SAW bersabda: 
"Ya Allah, berkatilah umatku pada AWAL PAGI mereka." 
Apabila baginda mengutus utusan atau tentera, baginda mengutusnya pada permulaan hari. Sakhr adalah seorang pedagang, dan dia mengutus dagangannya pada permulaan hari: dan dia menjadi bertambah kaya dan mewah. (at-Tirmidhi dan Ahmad) 
Apa korang rasa? Lebih seribu tahun lepas baginda SAW mendoakan seluruh ummatnya supaya diberkati pada awal pagi. 
Adakah kita sanggup mensia2kan doa seorang Rasul kita sendiri? 
Kalau korang tengok balik kat hadith tu,tentera diutus pada awal pagi dan mereka diberkati. 
Sakhr seorang pedagang, dan dia berjaya kumpul kekayaan. 
Sesuatu yang kita tak akan dapat dari mana-mana buku business. 
Rather, Nabi kita sendiri yang telah mengajar kita. 
Cuma diri yang dhaif ni yang kurang mendengar. 
Nak bukti lagi? 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah : 
"Rasulullah SAW berkata: 
'Agama itu mudah, dan sesiapa yang memberatkankan dirinya dalam beragama tak akan dapat meneruskannya dengan cara sebegitu. Jadi janganlah kalian melampau, tetapi cubalah menjadi sesempurna yang mungkin dan terimalah berita baik bahawa kalian akan diberi ganjaran; dan dapatkan kekuatan dengan beribadah pada waktu PAGI dan malam." (Bukhari) 
dapatkan kekuatan dengan beribadah pada PAGI dan malam.... 
Nampak kan patternnya di sini... :) 
Kalau kita betul2 menginsafi hadith ni dan sampaikan pada orang, memang insaf nak bangun lewat & tido balik lepas Subuh. 
Kerugian yang sangat nyata....

No comments:

Post a Comment